top of page

Cara Pembayaran

BANK-IN

  • Sebelum membuat sebarang pembayaran, email kepada kami untuk periksa samada stok masih ada atau tidak
  • Selepas kami maklumkan kepada anda mengenai status stok dan jumlah harga, anda boleh terus bank-in ke akaun Maybank kami iaitu: 162384733739 (Nur Rasmatin Saidi)
  • Setelah membuat pembayaran, email atau sms kepada kami tarikh, masa dan jumlah pembayaran yang tertera pada slip bank-in anda.
  • Kemudian kami akan periksa status pembayaran anda, dan akan pos-kan produk anda pada hari yang sama atau keesokan harinya bergantung kepada waktu operasi pejabat pos.

 

COD (Cash on Delivery)

  • Buat masa ini, kami tidak menerima COD. Sila singgah ke booth-booth kami samada di INTAN, Subang Parade, Hospital Ampang Puteri, Hospital Sungai Buloh, dll. Lokasi booth kami berubah dari masa ke semasa, sila email untuk informasi lokasi kami.

 

POLISI

  • Semua penghantaran kepada pelanggan kami adalah dengan menggunakan perkhidmatan Pos Laju. Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kegagalan penghantaran yang disebabkan oleh pihak Pos Laju. Anda boleh periksa status penghantaran di laman web Pos Laju dan kami akan berikan anda kod penghantaran.
  • Sebarang pertukaran boleh dilakukan dengan memaklumkan kepada kami dalam tempoh 24jam dari masa anda terima produk.
  • Pertukaran dibenarkan hanya jika barang yang anda terima rosak, koyak, atau dalam keadaan yang tidak baik. Sebarang pertukaran saiz tidak akan dilayan. Barang yang hendak ditukar bergantung kepada stok kami. Kos penghantaran pos untuk proses penukaran adalah atas tanggungan anda.
bottom of page